Thursday 22 December 2011

Teman Selamanya karya YAMANAKA Rico



Kandungan:
- Teman Selamanya
- Rumahku Syurgaku
- Selamat Tinggal Air Mata
- Dia Bukan Kau
- Honey

Sipnosis:
Hana benci lelaki terutama si Ando yang sangat menjengkelkan tu! Hana tidak perlukan orang lain dalam hidupnya kecuali Eri. Eri adalah sahabat karib, sahabat sejatinya. Hana yang banyak bergantung pada Eri jadi tidak tentu arah apabila Eri tiba-tiba bertindah menjauhkan diri darinya. Bukan itu sahaja, Eri membuatkannya lebih kecewa kerana Eri tidak memberitahu Hana yang diakan pergi jauh. Mengapa?!

Sumpahan Kodok! karya KAGARI Junko

(Siri komik seram)


Kandungan:
- Sumpahan Kodok!
- Aku Bukan Ulat!
- Sumpahan Gadis Laut!
- Lohong Hitam
- Kanvas Hitam
- Siri 6 Keajaiban Sekolah

Sipnosis:
Sayaka ialah seorang anak hartawan yang sombong. Ketika dia sedang asyik mempamerkan kemewahannya di sekolah, tiba-tiba muncul Kosugi mengganggunya. Sejak itu, Sayaka sering membuli Kosugi dan mengejeknya sebagai 'katak'.. Tiba-tiba dia mendapati dirinya dikerumuni katak kemana-mana sahaja dia pergi. Siapakah yang dapat membantu Sayaka? Apakah kesudahan bagi Sayaka?

Suara Langit karya TAKAMIYA Satoru

Buku 1


Kandungan:
- Suara Hati
- Suara Langit
- Suaramu

Sipnosis;
"Syurga" adalah syarikat. Tugas utusan pencabut nyawa ialah menghantar roh ke syurga dan dalam kalangan mereka juga terdapat Hieraki.
Uka, dari kelas C, merupakan pelajar sekolah dan dia telah bertemu dengan Tsumugi dari kelas A. Adakah cerita menarik akan berlaku antara mereka?
Novel grafik pertama dari koleksi dunia Takamiya yang dinantikan para peminat!

Buku 2(TAMAT)


Sipnosis;
Si utusan maut, Uka telah menghantar roh Yoshikawa ke kayangan. 
Uka berusaha untuk memenuhi permintaan mereka sebelum nyawa mereka di ambil.
Mampukah Uka dan pasangannya Tsumugi menjalankan misi mereka?
Semuanya terungal di dalam karya TAKAMIYA Satoru ini..

Selami Rentakku karya KIKUCHI Kamaro



Kandungan:
- Rahsiaku, Suaramu
- Cinta Suci Yang Sadis
- Perikatan Buah Ceri
- Teman Lelaki Robot
- Cuti Musim Panas Dan Matahari

Sipnosis:
Aku sangat, sangat, sangat sukakan pemuzik terkenal -Ash. Suatu hari, di dalam kesibukan orang ramai di kotaraya ni, aku terjumpa Ash! "Sekilas pandang pun cukuplah.." kataku dalam hati sambil bergerak menghampiri Ash. Tanpa disangka Ash menoleh lalu menyapaku. Siap tanya, "Awak nak tak jadi pembantu peribadi saya?" Macam tak percaya! Bagaimana nasib aku selepas ini ya?!

Sapaan Mentari karya SHIBANO Yuka



Kandungan:
- Sapaan Mentari!
- Haruman Sitrus di Angin Lalu
- Muslihatku, Dirimu dan Subang Itu
- Starlight Heights
- Warkah Peminat Tak Bernama

Sipnosis;
Dia benci sesangat besbol! Tapi Rino tetap dilantik sebagai pengurus kelab besbol. Dengar cerita, mulanya Rino tak nak tapi Hibiya, pitcher pasukan paksa jugak dia dengan menjanjikan kelayakan kejohanan di Stadium Koshien. Inilah karya debut kisah cinta sejati yang dah lama dinantikan para peminat!

Resah Hati Tsubaki karya YASUKO



Kandungan:
- Resah Hati Tsubaki
- Resah Hati Yutaka

Sipnosis:
Bila sebut tentang boifren, tak kisah la masalah kecil atau adakalanya perkara remeh-temeh.. semuanya amat penting buat Tsubaki!
Yutaka boifren sekelas dengannya telah meluahkan isi hatinya pada Tsubaki. Entah kenapa tapi Tsubaki menerimanya. Tak banyak cakap, mel pun tak balas. Awalnya dah rasa nak berpisah tetapi lama kelamaan Tsubaki mula tertarik dengan ketulusan hati Yutaka.

Ritma Permata Impian karya SHIBANO Yuka



andungan:
- Ritma Permata Impian
- Suka Duka Yuki
- Cinderella Selama Seminggu

Sipnosis:
Walaupun Satsuki berasal dari keluarga muzik klasik, bakatnya langsung takde! Lantas Kiichi, pemain gitar genius mengajaknya menjadi vokalis sebuah rock band. Cinta menerpa dalam jiwa dan mereka membuat persembahan sebagai pasangan bahagia.
Band mereka semakin popular..lalu datang undangan dari sebuah syarikat rakaman. Peluang menghasilkan karya debut hampir menjadi nyata.. tapi hanya buat Satsuki seorang! Apakah kesudahan irama ini?