Thursday 22 December 2011

Teman Selamanya karya YAMANAKA Rico



Kandungan:
- Teman Selamanya
- Rumahku Syurgaku
- Selamat Tinggal Air Mata
- Dia Bukan Kau
- Honey

Sipnosis:
Hana benci lelaki terutama si Ando yang sangat menjengkelkan tu! Hana tidak perlukan orang lain dalam hidupnya kecuali Eri. Eri adalah sahabat karib, sahabat sejatinya. Hana yang banyak bergantung pada Eri jadi tidak tentu arah apabila Eri tiba-tiba bertindah menjauhkan diri darinya. Bukan itu sahaja, Eri membuatkannya lebih kecewa kerana Eri tidak memberitahu Hana yang diakan pergi jauh. Mengapa?!

Sumpahan Kodok! karya KAGARI Junko

(Siri komik seram)


Kandungan:
- Sumpahan Kodok!
- Aku Bukan Ulat!
- Sumpahan Gadis Laut!
- Lohong Hitam
- Kanvas Hitam
- Siri 6 Keajaiban Sekolah

Sipnosis:
Sayaka ialah seorang anak hartawan yang sombong. Ketika dia sedang asyik mempamerkan kemewahannya di sekolah, tiba-tiba muncul Kosugi mengganggunya. Sejak itu, Sayaka sering membuli Kosugi dan mengejeknya sebagai 'katak'.. Tiba-tiba dia mendapati dirinya dikerumuni katak kemana-mana sahaja dia pergi. Siapakah yang dapat membantu Sayaka? Apakah kesudahan bagi Sayaka?

Suara Langit karya TAKAMIYA Satoru

Buku 1


Kandungan:
- Suara Hati
- Suara Langit
- Suaramu

Sipnosis;
"Syurga" adalah syarikat. Tugas utusan pencabut nyawa ialah menghantar roh ke syurga dan dalam kalangan mereka juga terdapat Hieraki.
Uka, dari kelas C, merupakan pelajar sekolah dan dia telah bertemu dengan Tsumugi dari kelas A. Adakah cerita menarik akan berlaku antara mereka?
Novel grafik pertama dari koleksi dunia Takamiya yang dinantikan para peminat!

Buku 2(TAMAT)


Sipnosis;
Si utusan maut, Uka telah menghantar roh Yoshikawa ke kayangan. 
Uka berusaha untuk memenuhi permintaan mereka sebelum nyawa mereka di ambil.
Mampukah Uka dan pasangannya Tsumugi menjalankan misi mereka?
Semuanya terungal di dalam karya TAKAMIYA Satoru ini..

Selami Rentakku karya KIKUCHI Kamaro



Kandungan:
- Rahsiaku, Suaramu
- Cinta Suci Yang Sadis
- Perikatan Buah Ceri
- Teman Lelaki Robot
- Cuti Musim Panas Dan Matahari

Sipnosis:
Aku sangat, sangat, sangat sukakan pemuzik terkenal -Ash. Suatu hari, di dalam kesibukan orang ramai di kotaraya ni, aku terjumpa Ash! "Sekilas pandang pun cukuplah.." kataku dalam hati sambil bergerak menghampiri Ash. Tanpa disangka Ash menoleh lalu menyapaku. Siap tanya, "Awak nak tak jadi pembantu peribadi saya?" Macam tak percaya! Bagaimana nasib aku selepas ini ya?!

Sapaan Mentari karya SHIBANO Yuka



Kandungan:
- Sapaan Mentari!
- Haruman Sitrus di Angin Lalu
- Muslihatku, Dirimu dan Subang Itu
- Starlight Heights
- Warkah Peminat Tak Bernama

Sipnosis;
Dia benci sesangat besbol! Tapi Rino tetap dilantik sebagai pengurus kelab besbol. Dengar cerita, mulanya Rino tak nak tapi Hibiya, pitcher pasukan paksa jugak dia dengan menjanjikan kelayakan kejohanan di Stadium Koshien. Inilah karya debut kisah cinta sejati yang dah lama dinantikan para peminat!

Resah Hati Tsubaki karya YASUKO



Kandungan:
- Resah Hati Tsubaki
- Resah Hati Yutaka

Sipnosis:
Bila sebut tentang boifren, tak kisah la masalah kecil atau adakalanya perkara remeh-temeh.. semuanya amat penting buat Tsubaki!
Yutaka boifren sekelas dengannya telah meluahkan isi hatinya pada Tsubaki. Entah kenapa tapi Tsubaki menerimanya. Tak banyak cakap, mel pun tak balas. Awalnya dah rasa nak berpisah tetapi lama kelamaan Tsubaki mula tertarik dengan ketulusan hati Yutaka.

Ritma Permata Impian karya SHIBANO Yuka



andungan:
- Ritma Permata Impian
- Suka Duka Yuki
- Cinderella Selama Seminggu

Sipnosis:
Walaupun Satsuki berasal dari keluarga muzik klasik, bakatnya langsung takde! Lantas Kiichi, pemain gitar genius mengajaknya menjadi vokalis sebuah rock band. Cinta menerpa dalam jiwa dan mereka membuat persembahan sebagai pasangan bahagia.
Band mereka semakin popular..lalu datang undangan dari sebuah syarikat rakaman. Peluang menghasilkan karya debut hampir menjadi nyata.. tapi hanya buat Satsuki seorang! Apakah kesudahan irama ini?


Rahsia Si Puteri karya SHIRAISHI Yuki



Kandungan:
- Rahsia Si Puteri
- Boifren Terhebat dan Gelfren Obses
- Boifren Rahsia dan Gelfren Cemburu Buta
- Sangat Pelik

Sipnosis:
Haru baru berpindah dari sekolah elit untuk cik-cik muda. Dia pendiam dan bersopan-santun, macam perangai cik muda sebenar. Namun hakikatnya dia ialah minah kampung yang berperangai kasar! Walaupun dia berusaha supaya takde orang tau, malangnya diketahui  rakan sekelas, Nagase!! Tapi dapatkah Nagase menerima Haru yang sebenar?

Puisi Cinta Lalu karya NANAJIMA Kana

(cover hilang, buku ni RM3)


Kandungan:
- Puisi Cinta Lalu
- Puisi Cinta Kini
- Mencintai Putera Bermulut Bisa

Sipnosis:
(Memandangkan cover hilang, I can't give the real sipnosis which is usually printed out on it but here's a rough idea on the story. Oh by the way. My BM sucks, so jangan kisah sangatlah kalau anything salah)
Mengisahkan tentang Riko yang buat pertama kalinya bercinta setelah memasuki sekolah tinggi. Bagi boyfriendnya pula, Minoru, Riko merupakan girlfriendnya yang kedua. Riko menyedari hakikat bahawa Minoru belum lagi sepenuhnya melupakan bekas kekasihnya, tetapi Riko memilih untuk mengendahkannya. Pada masa yang sama, tanpa disedarinya, hati Riko juga mula berubah..

Penguin Prince karya MOTOMI Kyousuke



Kandungan:
- Penguin Prince
-  Lagu Cinta Seribu Tahun
- Adat Bersimpuh Minum Teh
- Kau, Bunga dan Teh
- Mencari Daun Empat Kelopak

Sipnosis:
Berkisar tentang Ranko, seorang gadis cukup digeruni sehingga digelar 'Witch' di sekolahnya dan Murakami, seorang jejaka kacak yang dipanggil 'Prince' di kalangan pelajar.
Pada suatu hari, Ranko mengetahui rahsia besar Prince yang bisa cetuskan aib. Dengan memahami kesulitan yang menyelubungi lelaki itu sebagai idola, Ranko dalam diam mula mengenali erti cinta sekali gus menyedari kewujudan nuansa wanita yang terpahat dalam dirinya selama ini.

Pengintip Bangsawan karya SAKURAKOUJI Kanoko



Kandungan:
- Pengintip Bangsawan
- Kisah Seribu Satu Malam
- Asam Garam Cinta
- Bukti Cinta

Sipnosis:
- Di sebuah kawasan elit bandar raya Tokyo...tinggal seorang cik muda kedai manisan terulung bernama Chiyoko. Seorang gadis berpegang teguh pada institusi kekeluargaan & sudah pasti jodohnya akan ditentukan oleh orang tuanya. Namun dia tetap menyimpan hasrat untuk bercinta dengan jejaka budiman umpama putera raja.

Pawarna Rindu karya NANAJIMA Kana



Kandungan:
- Pawarna Rindu
- Misteri Cinta Pandang Pertama
- Kesedaran Cinta

Sipnosis:
Nina, seorang gadis yang menyimpan perasaan terhadap seniornya Hayashino. Nina mesti menghabiskan game yang diberi Hayashino kalau Nina nak berjumpa dengannya! Arahannya: Nina mesti cari objek yang sama dengan foto yang dikirim.
Rakan sekelasnya, Taro setia menemani Nina sepanjang pencarian. Lama kelamaan Nina mula merasa kurang senang dengan game ni..?! Kisah drama yang menyentuh perasaan!

Origami karya MIZUTO Aqua

Buku 1


Sipnosis:
Si gadis istimewa, Yuuna telah mewarisi sebiji manik putih yang mampu membawa nasib baik terhebat dari mendiang ibunya.
Bersama-sama abangnya, mereka berdua tetap bersemangat untuk meneruskan hidup sebagai anak yatim piatu. Sekonyong-konyong muncul seorang pemuda misteri, Keita bertegas menyuruh Yuuna menyerahkan manik tersebut kepadanya.
Bermula dari itulah, pelbagai peristiwa mistik berlaku ke atas Yuuna. Tanpa disangka, Keita memikili pendamping - dewa kecil yang sentiasa di samping Keita dan memberikan kuasa kepadanya.
Suatu hari, peristiwa yang berlaku di sekolah telah merubah hidup Yuuna selamanya. Kini Yuuna juga memiliki pendamping, tapi pada waktu yang sama Yuuna telah kehilangan sesuatu yang amat penting...

Buku 2(TAMAT)


Sipnosis:
Lantaran Yuuna telah berubah menjadi Origami, kewujudannya telah diluputkan dari memori abangnya dan mereka yang rapat dengannya. Cuma ada satu jalan untuk kembali.. kumpulkan semula otoshidama(manik putih tersebut) dan mohon agar dewa menunaikan hajat! Yuuna dan Keita kini telah menjadi rakan seperjuangan. Namun musuh yang kuat tetiba muncul dan menghalang mereka! Camnelah nasib Yuuna dan Keita nanti? Penamat siri popular yang dinanti-nantikan!

Mesej Cinta di Tangan Kiri karya CHIBA Kozue



Kandungan:
- Mesej Cinta di Tangan Kiri
- Pemandangan Petang di atas Roda Feris
- Cinta Orang yang Kabur
- Jarak yang Merbahaya
- Pengajaran Keadaan Semula Jadi

Sipnosis:
"Selamat pagi, Nishino," sapa Taiga Minami. Dialah satu-satunya lelaki yang menyapa khabar Nishino, seorang pelajar perempuan yang sangat biasa dan tidak menarik perhatian ramai di kelas. Namun kerana malu, perbualan mereka sekadar sapaan sahaja.
Tanpa diketahui, dalam diam, Nishino yang duduk bersebelahan Taiga turut meminatinya.
Suatu hari, di tangan kiri Nishino tertulis memo untuk menarik perhatian Taiga. Mungkinkah ini peluang Nishino menyampaikan isi hatinya..?!

Mengintai Busur Beradu karya MOTOMI Kyousuke



Sipnosis:
Setelah mengalami kecederaan lutut ketika membuat persembahan balet,
Anna Katsuragi yang digelat "Primadona Genius" oleh masyarakat sekeliling -menyertai kelab memanah di sekolah kerana tercabar dengan desakan Jinnai Takeru, musuh ketatnya sejak zaman kanak-kanak. Tanpa sebarang jangkaan tatkala mengharungi rintangan diberi, Anna mula menyedari erti "primadona" seharusnya terletak sejajar dengan resmi padi -semakin berisi, semakin tunduk ke bumi

Magis Manis Coklat karya MIZUHO Rino



Sipnosis:
Jemputlah ke kedaiku....
Segala hajatmu akan termakbul.

Sebagai bayaran, 
sesuatu paling berharga dalam 
hidupmu akan aku ambil...

Aikawa Shokora, sang suri
pemilik toko Chocolat Noir.
Apakah yang menanti pelanggan toko itu?
Kisah suka duka penuh misteri!

LOMPATAN 1/6 karya SATSUKI Mikiko



Kandungan:
- LOMPATAN 1/6
- Cinta Sepenuh Jiwa
- Perkahwinan Diatur

Sipnosis:
Ada 5 rakan karib yang sebaya tinggal di kuarters pekerja yang sama. Di kalangan diorang ada Kanna yang bersemangat dan ceria; budak pompuan yang hanya memikirkan keseronokkan daripada cinta. Suatu hari, seorang  budak perempuan yang sebaya berpindah ke kuarters pekerja itu. Member dah bertambah! Atau tu hanya harapan dan impian Kanna je? Ni la kisah pahit manis persahabatan dan cinta monyet remaja kat kuarters pekerja!

Lara Sang Ratu karya NAODA Tsuboko



Kandungan:
- Lara Sang Ratu
- Tak Bisa Bernafas
- Inginku Sentuh Hatimu
- Projek Antropomorfik Sedunia

Sipnosis:
Koyuki, gadis pemalu dan pendim, Nagisa, sang primadona sekolah dan Shin, Ketua pelajar. Bukan semua mampu jadi ratu...Ayat itu berlegar di minda tiga gadis yang kepingin merasakan cinta luar jangkaan semasa Miss Contest di Festival Kebudayaan. Tiga kisah cinta menyulam rasa! 
Kisah lain juga menyentuh hati menerusi kompilasi kisah cinta ini!

Kenapa Apa Sayang? karya SATSUKI Mikiko



Kandungan:
- Kenapa Apa Sayang?
- Bisikan Hati
- Kaulah Yang Satu

Sipnosis;
Mioko berdarah campuran tapi langsung tidak pandai berbahasa Inggeris! Malahan dia amat bencikan bahasa itu. Kehadiran Rei, tetamu dari Amerika untuk program homestay kat rumah Mioko menyemarakkan suasana.
Tarikan antara mereka berdua memang tak dapat dinafikan. Tetapi... macam mana cinta nak berbunga kalau kedua-duanya tak mampu nak berkomunikasi antara satu sama lain?!

Jiwa 16 karya AIKAWA Show

Buku 1


Sipnosis:
Saya, si gadis biasa seperti manusia lain. Dirinya tiada keinginan istimewa mahupun menyimpan impian. Namun ketika Saya mendendangkan lagu, warna sebenarnya terselah...
Suatu hari ketika Saya asyik berkaraoke sendirian, seorang produser muzik Encik Takase terdengar suaranya yang merdu. Tetapi Saya langsung tidak berminat menceburi bidang nyanyian... Lagenda diva paling tabah kini bermula...!

Buku 2(TAMAT)


Sipnosis:
Saya menyanyi demi Takase. Dia akhirnya telah memutuskan bahawa Takase akan menjadi produser album debutnya. Rakaman klip video untuk debut besar-besaran pun bermula!
Sementara itu, muncul seorang perempuan entah dari mana, menyatakan Saya sekadar pengganti bekas kekasih Takase. Terkejutnya Saya sehingga suara nyanyiannya terjejas lantaran terlalu memikirkan Takase..?!
Kisah lagenda diva paling tabah berakhir di sini!!

Jiranku Hijiri karya YAGAMI Chitose



Kandungan;
- Jiranku Hijiri
- Ingin Memelukmu
- Tolong!
- Rahsia Cikgu

Sipnosis:
Di sekolah Megumi terdapat dua orang bernama Hijiri. Satu adalah idola seluruh sekolah, si abang, Junichi Hijiri, dan satu lagi adalah adiknya yang sangat biasa-biasa, Junpei Hijiri. Megumi belajar di kelas yang sama dengan si biasa-biasa Junpei. Satu hari, secara kebetulan, mereka bertugas pada hari yang sama. Apakah yang akan terjadi...?
Koleksi cinta remaja dari pengarang Yagami yang popular!

Coklat & Pudina karya FUJITA Nimi



Kandungan:
- Coklat & Pudina
- Takkanku Lepaskan Tanganmu
- Hubungan yang Manis

Sipnosis:
Mengisahkan Keito yang langsung tiada jodoh dalam percintaan sungguhpun sudah berada di tahun dua sekolah menengah rendah. Suatu pagi, dia membantu seorang budak lelaki comel yang jatuh pengsan akibat anemia. Di sebalik wajah comel tersebut, dia langsung tidak berterima kasih pada Keito malah memanggilnya 'Mak cik' pula! Lebih mengejutkan, sungguhpun berbadan kecil seperti pelajar sekolah rendah, sebenarnya dia adalah pelajar sekolah menengah rendah tahun satu yang sama sekolah dengan Keito!!

Cinta Seindah Langit karya ICHIKAWA Show



Kandungan:
- Cinta Seindah Langit
- Cinta Seindah Sakura
- Sungguhpun Begitu, Aku Tetap Cintakan Kau

Sipnosis:
Selama ini, Sora kerap berpindah sekolah kerana mengikut keluarganya. Sora sentiasa berharap ini kali terakhir baginya bertukar sekolah. Sora juga selalu mengimpikan dirinya dikelilingi ramai rakan sekelas dan bergembira melalui detik-detik indah zaman persekolahan. Namun tanpa disangka, selain dirinya, kesemua pelajar dalam kelas barunya adalah PELAJAR LELAKI!
Tambahan pula, setiap dari mereka mempunyai personaliti tersendiri. Sora sangka Haruki adalah ketua kelas tersebut lalu cuba berkawan rapat dengannya. Tetapi apa akan berlaku pada Sora seterusnya?!

Bumbung Cinta Kita karya USAMI Tae



Kandungaan:
- Bumbung Cinta Kita
- Bumbung Cinta Kita edisi tambahan
- Usah Memaksaku Menyayangimu
- Usah Memaksaku Membencimu!!

Sipnosis:
Sedari dahulu lagi, Umi seorang pelajar Tahun 1 telah menyukai jirannya  Ryu. Demi itulah setiap hari Umi sanggup bertandang ke rumah Ryu walau hanya untuk menatap wajahnya. Di luar jangkaan Umi, Ryu telah memohon tinggal di asrama sekolah. Rindu mendalam memaksa Umi mencari jalan penyelesaian. Mujurlah ibu saudaranya yang bertugas sebagai warden asrama tersebut sedia membantu. Umi dibenarkan menjadi warden asrama tersebut selama 10 hari, namun ada syarat tersembunyi menanti. 
Bagaimanakah kesudahan kisah si pendamba cinta, Umi?

Benarkan Aku Jadi Pelayanmu karya TOMA Rei



Kandungan:
- Benarkan Aku Jadi Pelayanmu
- Bila Bunga Api Terpadam
- Gadisku Yang Histeria

Sipnosis:

Kisah pelayan super comel dan butler sebuah kedai kopi(Crown). Suatu hari, semasa Yuzuko diganggu gengster, seorang pelayan cantik yang bekerja di kawasan berhampiran datang memberi pertolongan. Walaupun dia perempuan, tapi Yuzuko rasa berdebar-debar. Siapakah pelayan itu...?! 
Inilah kisah cinta hebat dari Rei.

Bebuih Cinta karya Xu Lu dan Bi Bi



Sipnosis:
Kaum duyung benar-benar wujud...dan mereka berada di kalangan kita! Namun kehadiran mereka langsung tidak disedari sehinggalah seorang gadis manis bernama Wei Lan meluahkan cintanya terhadap San Yue, seorang remaja kaum duyung. Sejak itu pelbagai kejadian aneh dan istimewa berlaku kepada mereka. Bolehkah cinta dua dunia ini bertahan?

Andainya Dia Di Kafe Ini karya WASHIO Mie



Kandungan:
- Andainya Dia Di Kafe Ini
- Saat Manis White Day
- Kuberi Kucupan Seharum Sakura
- Aku Vitaminmu
- Santai Di Kafe Bintang Jatuh

Sipnosis:
Aiko sentiasa impikan sebuah 'cinta nan indah'. Namun lelaki sebayanya berperangai kebudak-budakan dan semuanya tak sesuai dijadikan boifren! Demi mendapatkan boifren matang, dia pun bekerja sambilan kat kafe terkemuka penuh pelayan hensem pakai uniform bergaya tapi...?
Kisah cinta di Kafe.

Anak Kucing Ketua Pelajar karya Kazuko Furumiya



Kandungan:
- Anak Kucing Ketua Pelajar
- Anak Kucing Kotoko
- Putera Uniform
- Hari-hari Ku-chan

Sipnosis:
Kisah ketua pelajar yang cemerlang dan beribawa, Reiichirou Hayami! Kerana personalitinya yang terlalu tegas, dia seakan dipulaukan oleh keadaan sekeliling tapi pada suatu hari, ibunya yang dalam proses penceraian boleh pulak paksa dia belanak kucing?!
Dia pun mintak bantuan ahli Persatuan Pelajar yang pakar kucing, Kotoko Shiraishi tapi..?!
Ni ialah komedi kucing comel yang kool!
Karya penuh 'Putera Uniform' pun tak boleh dilepaskan!