Thursday 22 December 2011

Origami karya MIZUTO Aqua

Buku 1


Sipnosis:
Si gadis istimewa, Yuuna telah mewarisi sebiji manik putih yang mampu membawa nasib baik terhebat dari mendiang ibunya.
Bersama-sama abangnya, mereka berdua tetap bersemangat untuk meneruskan hidup sebagai anak yatim piatu. Sekonyong-konyong muncul seorang pemuda misteri, Keita bertegas menyuruh Yuuna menyerahkan manik tersebut kepadanya.
Bermula dari itulah, pelbagai peristiwa mistik berlaku ke atas Yuuna. Tanpa disangka, Keita memikili pendamping - dewa kecil yang sentiasa di samping Keita dan memberikan kuasa kepadanya.
Suatu hari, peristiwa yang berlaku di sekolah telah merubah hidup Yuuna selamanya. Kini Yuuna juga memiliki pendamping, tapi pada waktu yang sama Yuuna telah kehilangan sesuatu yang amat penting...

Buku 2(TAMAT)


Sipnosis:
Lantaran Yuuna telah berubah menjadi Origami, kewujudannya telah diluputkan dari memori abangnya dan mereka yang rapat dengannya. Cuma ada satu jalan untuk kembali.. kumpulkan semula otoshidama(manik putih tersebut) dan mohon agar dewa menunaikan hajat! Yuuna dan Keita kini telah menjadi rakan seperjuangan. Namun musuh yang kuat tetiba muncul dan menghalang mereka! Camnelah nasib Yuuna dan Keita nanti? Penamat siri popular yang dinanti-nantikan!

1 comment: